Thursday, November 25, 2010

Pengalaman yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A..W

Ketika Nabi berumur 12 tahun beliau mengikuti pakciknya Abu Thalib pergi ke Syam untuk berdagang ,di saat tiba di Bushra beliau bertemu dengan salah seorang Pendita Nasrani yang alim -Buhairo namanya ,pendita itu dapat merasakan tanda - tanda kenabian yang ada pada diri Nabi,maka di nasihatilah Abu Thalib ,sebaiknya untuk kembali ke Mekah sebab dia khuatir kalau Muhammad ditemui oleh orang Yahudi yang pasti akan dianayai mereka.,dan pada usia Baginda 15 tahun terjadilah peristiwa bersejarah bagi penduduk Mekah iaitu perperangan antara Suku Quraisy dan Kainanah di satu, dengan Qais 'Ailan di lain pihak.Nabi Muhammad S.A.W, ikut aktif dalam peperangan ini memberikan bantuan kepada pakciknya denagn menyediakan keperluan peperangan.
    Peperangan ini terjadi di daerah suci pada bulan suci pula iaitu pada bulan Zulkaedah.menurat pandangan bangsa Arab peristiwa itu adalah pelanggaran terhadap kesucian, kerana melanggar kesucian bulan Zulkaedah, yang mana sesungguhnya dilarang berkelahi menumpahkan darah oleh kerana semikian, perang tersebut dinamakan Harbul Fijar ertinya perang yang memecahkan kesucian.
    Semenjak wafatnya Abdul Mutalib kota Makkah mengalami kemerosotan ketertiban kota,keamanan harta benda,terjadi rompakan, pemerasan satu sama lainnya yang ke semuanya menjadikan hilangnya ketenangan dan kemakmuran dalam kehidupan bermasyarakat, kalau yang demikian dibiarkan maka akan merugikan semua penduduk Makkah sendiri.
     Berkumpullah para pemimpin dari Qabilah di Makkah maka terjadilah suatu persetujuan untuk mengikut janji bersama-sama, janganlah ada seorang pun yang teraniaya di antara mereka itu, baik Qabilah (suku) sendiri atau dari daerah lain ,dan kalau ada penganiayaan baik yang berupa apa saja semuanya harus membela sekuat tenaga demikianlah adanya perjanjian yang disertai sumpah.Maka sesudah itu keadaan kota Mekah menjadi tertib kembali dan hilanglah semua penganiayaan yang berupa harta benda dan lain - lainya dan perjanjiantadi di sebut 'Halful Fudhul' yang pada saat itu Nabi ikut serta dalam pertemuan itu .Demikian keterangan beliau sesudahnya di nyatakan menjadi utusan ALLAH SWT  kepada seluruh umat manusia di dunia ini .Sesudah Nabi mencapai dewasa mulailah beliau berusaha sendiri dalam penghidupannya,kerana beliau terkenal seorang yang jujur ,maka seorang janda kaya bernama Siti Khadijah mempercayai beliau untuk membawa barang dagangan ke Syam ,Baginda ditemani seorang bujang yang bernama Maisarah,setelah selesai berjual - beli dagangan di Syam mereka pun kembali ke Mekah..Sesudah perjalanan Nabi dari Syam itu datanglah lamaran dari pihak Siti Khadijah kepada Baginda,lalu Baginda menyampaikan hal itu kepada bapa saudaranya ,setelah tercapai kata sepakat penikahan di langsungkan dan pada waktu itu Nabi S.A.W. berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadijah 40 tahun,perkahwinan ini telah memberikan ketenangan dan ketenteraman dan Baginda mendapat kasih sayang yang tulus  ikhlas dari Khadijah yang kemudiannya merupakan perempuan yang pertama yang mengakui kerasulannya dan sentiasa siap sedia menyertai beliau dalam semua perjuangan baik dalam penderitaan dan kesusahan. Pada saat itu beliau mendapat teman hidup dan bertambah terkenal lah namanya di kalanganpenduduk Mekah ,apatah  lagi sesudah Nabi Muhammad S.A.W.Mendamaikan pemuka – pemuka Quraisy dalam sengketa mereka untuk memperbaharui bentuk Kaabah.


Kediaman Rasulullah S.A.W :







No comments:

Post a Comment