Thursday, November 25, 2010

Kematian Ibu dan Datuk Nabi

Sesudah Nabi berusia 5 tahun , beliau di asuh oleh ibunya selama setahun dan pada usia Nabi 6 tahun ibunya bersama -sama hamba sahaya yang di tinggalkan oleh ayahnya ( ummur aiman ) telah membawa Nabi ke Madinah untuk di perkenalkan kepada keluarga sebelah neneknya dari Bani Najjar dan sekali untuk membuat kujungan ke pusara ayahnya,dan ini juga merupakan kunjungan pertama Baginda ke Madinah.
Di situ Baginda di perlihatkan rumah di mana ayahnya di rawat di waktu sakit sehinggalah almarhum ayahnya meninggal dunia..Demikian cerita Aminah kepada anaknya ,amat terharu perasaan Baginda sehingga di saat menjadi Rasul dan sesudah berhijrah pun peristiwa ini masih di sebut - sebut oleh Baginda.,kunjungan Baginda bersama ibunya selama sebulan di sana.Dalam perjalanan pulang ke Mekah , di suatu tempat bernama Abwa' tiba -tiba ibunya jatuh sakit sehingga meninggal dan di makamkan di situ juga.Abwa 'ialah nama sebuah desa yang terletak di antara Madinah dan Juhfah kira -kira 23km di sebelah selatan kota Madinah.Dapatlah di bayangkan betapa sedih nya Baginda menghadapi ujian tersebut.Setelah pemakaman ibundanya  selesai pulanglah Baginda menyambung perjalanan  pulang ke Mekah dan di temani pula oleh Datuknya Abdul Muthalib.Semenjak itu Baginda di jaga oleh datuk nya dengan penuh rasa kecintaan dan usia datuknya ketika itu beusia 80 tahun.Datuknya merupakan seorang tokoh Quraisy ,yang disegani dan di hormati oleh segenap kaumnya.Belaiu merupakan seorang yang berkedudukan tinggi dan mulia sehinggakan anak -anaknya sendiri tidak berani untuk mendahului untuk duduk di atas tikar yang disediakan khusus baginya di sisi Kaabah.Rasa  kasih -sayang yang di berikan oleh datuknya  kepada  Baginda dapat juga menghilangkan perasaan sedih Baginda di atas permergian ibundanya ,namun keadaan ini tidak lama kerana selang di saat Baginda melupakan segala peristiwa Baginda sekali lagi di uji dengan permergian Datuknya yang ketika itu meninggal pada usia 82 tahun dan Nabi berumur 8 tahun.
Meninggalnya Abdul Muthalib itu bukan sahaja merupakan kesedihan yang amat besar bagi diri Baginda namun merupakan kerugian bagi segenap penduduk Mekah kerana mereka kehilangan seorang pembesar dan pemimpin yang cergas ,bijaksana ,berani dan tidak mudah untuk di cari ganti.Sesuai dengan wasiat  Abdul Muthalib maka Nabi Muhammad S.A.W. di asuh pula oleh pakciknya  Abu Thalib,kesungguhan dia mengasuh Nabi serta kasih sayang yang diberikan kepada anak sauaranya itu ,tidak kurang daripada apa yang di berikan kepada anaknya sendiri.

No comments:

Post a Comment