Friday, November 26, 2010

Akhlak Nabi Muhammad S.A.W

Dalam perjalanan hidupnya sejak masih kanak - kanak hingga dewasa dan sampai menjadi Rasul ,beliau terkenal sebagai seorang yang jujur ,berbudi luhur dan mempunyai keperibadian yang tinggi,tidak ada sesuatu perbuatan dan tingkah lakunya yang tercela ,berlainan sekali dengan tingkah laku dan perbuatan kebanyakkan pemuda -pemuda dan penduduk kota Mekah pada umumnya yang gemar berpoya -poya dan bermabuk - mabukan,kerana demikian kerana sifat jujur yang ada pada Baginda maka Nabi diberi gelaran 'al-Amin'ertinya orang yang mendapat kepercayaan .Ahli sejarah mengatakan bahawa Muhammad S.A.W sejak kecil hingga dewasa tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah pula makan daging haiwan yang di sembelih untuk korban berhala - berhala itu dan menjauhkan diri dari keramaian dan upacara - upacara pemujaan .
Beliau mengetahui babak -babak sejarah negerinya keadilan masyarakat dan keturunan bangsanya ,pemandangan itu tidak hilang dari fikiranya .Baginda mulai menyiapkan dirinya untuk bertapa untuk mendapatkan pemusatan jiwa yang lebih sempurna ,di pilihnya tempat di Gua kecil yang bernama 'Hira 'yang terdapat pada sebuah bukit yang bernama 'Jabal Nur'yang terletak kira - kira 2 atau 3 km sebelah utara kota Mekah.

No comments:

Post a Comment