Saturday, November 27, 2010

Nabi Muhammad S.A.W.laksanakan Tugas pertama

Menurut riwayat, selama 3 tahun bulan lamanya sesudah menerima wahyu pertama barulah Rasulullah S.A.W , menerima wahyu yang kedua, dikala menunggu-nunggu datangnya wahyu itu kembali Rasulullah diliputi perasaan cemas dan khuatir kalau wahyu itu putus, malahan hampir saja beliau putus asa akan tetapi ditetapkan hatinya dan beliau tetap bertapa dalam Gua Hira' sebagaimana biasa, tiba-tiba terdengarlah suara dari langit, beliau menadahkan tangannya, maka nampaklah Malaikat Jibril a.s sehingga beliau menggigil ketakutan dan segera pulang ke rumahnya, kemudian minta pada Siti Khatijah supaya  menyilimuti itu datanglah Jibril. a.s menyampaikan wahyu Allah S.W.T, yang kedua kepada beliau yang bermaksud:

"Hai orang yang berselimuti : Bangun dan berilah peringatan!  Besarkanlah (Nama) Tuhanmu bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan maksiat, jangan memberi, kerana hendak mengambil keuntungan yang banyak dan hendaklah kamu bersabar, untuk memenuhi perintah Tuhan."                                        (Mudasstsir : 1-7)

Dengan turunnya wahyu ini, maka jelaslah bagi beliau mendapatkan tugas untuk menyampaikan Risalah Allah S.W.T  iaitu mengajak pada semua umat manusia untuk menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa, yang tiada beranak dan diperanakkan. Inilah permulaan komando berjuang menyebarkan agama Allah kapada seluruh umat  manusia.

No comments:

Post a Comment