Saturday, November 27, 2010

Nabi Muhammad S.A.W.laksanakan Tugas pertama

Menurut riwayat, selama 3 tahun bulan lamanya sesudah menerima wahyu pertama barulah Rasulullah S.A.W , menerima wahyu yang kedua, dikala menunggu-nunggu datangnya wahyu itu kembali Rasulullah diliputi perasaan cemas dan khuatir kalau wahyu itu putus, malahan hampir saja beliau putus asa akan tetapi ditetapkan hatinya dan beliau tetap bertapa dalam Gua Hira' sebagaimana biasa, tiba-tiba terdengarlah suara dari langit, beliau menadahkan tangannya, maka nampaklah Malaikat Jibril a.s sehingga beliau menggigil ketakutan dan segera pulang ke rumahnya, kemudian minta pada Siti Khatijah supaya  menyilimuti itu datanglah Jibril. a.s menyampaikan wahyu Allah S.W.T, yang kedua kepada beliau yang bermaksud:

"Hai orang yang berselimuti : Bangun dan berilah peringatan!  Besarkanlah (Nama) Tuhanmu bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan maksiat, jangan memberi, kerana hendak mengambil keuntungan yang banyak dan hendaklah kamu bersabar, untuk memenuhi perintah Tuhan."                                        (Mudasstsir : 1-7)

Dengan turunnya wahyu ini, maka jelaslah bagi beliau mendapatkan tugas untuk menyampaikan Risalah Allah S.W.T  iaitu mengajak pada semua umat manusia untuk menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa, yang tiada beranak dan diperanakkan. Inilah permulaan komando berjuang menyebarkan agama Allah kapada seluruh umat  manusia.

Muhammad menjadi Rasulullah S.A.W

Pada malam 17 Ramadhan ,bertepatan dengan 6 ogos tahun 610 Masehi,di waktu di gua Hira datanglah Malaikat Jibrail as : Mengajarkan untuk menyebut kata - kata Iqra - Bacalah'.dengan hati yang amat  terperanjat ,Muhammad menjawab ,aku tidak dapat membaca.Baginda dirangkul beberapa kali oleh Malaikat Jibrail a.s  beberapa kali sehingga sesak nafas Baginda ,lalu dilepaskan lalu di suruhnya membaca sekali lagi.'Bacalah'.tetapi Muhammad S.A.W.tidak dapat membaca begitulah keadaan berulang sampai ke 3 kali dan akhirnya Nabi Muhammad S.A.W berkata apa yang harus aku baca.
kata Malaikat Jibrail 'Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dari segumpal darah .Bacalah dan Tuhanmu yang teramat Mulia,yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya'(Al-Alaq 1-5)



Pada wahyu yang pertama yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W.dan inilah saat perlantikan Baginda sebagai Rasulullah atau utusan Allah kepada seluruh umat manusia untuk menyampaikan risalah -Nya, pada saat menerima perlantikan menjadi rasul umur Baginda mencapai 40 tahun 8 bulan 8 hari menurut tahun bulan (Qamariah) atau 39 tahun 3 bulan 8 hari .Setelah menerima wahyu itu Baginda terus pulang ke rumah dalam keadaan gementar ,sehingga minta diselimuti oleh isterinya Siti Khadijah.Isteri yang patuh dan setia itu segera menyelimuti setelah agak reda cemasnya ,maka diceritakan kepada isterinya segala yang terjadi  ke atas dirinya ,dengan perasaan cemas dan khuatir ..,tetapi isterinya yang bijaksana itu sedikitpun tidak memperhatikan kecemasan dan kesedihan serta ke khuatirannya,bahkan isterinya selalu menggembirakan Rasulullah sambil berkata ' Bergembiralah hai anak bapa saudaraku ,tetapkanlah hatimu ,semoga Allah akan mengangkat engkau menjadi Rasul Allah yang terakhir bagi seluruh Umat ,bukankah engkau yang selalu menolong anak yatim,memuliakan tetamu dan menolong setiap orang yang di timpa kemalangan atau kesengsaraan?'Demikianlah Siti Khadijah mententeramkan hati suaminya ,setelah mendapat pembicaraan dari isterinya Baginda menjadi tenang hingga tertidur.

Friday, November 26, 2010

Akhlak Nabi Muhammad S.A.W

Dalam perjalanan hidupnya sejak masih kanak - kanak hingga dewasa dan sampai menjadi Rasul ,beliau terkenal sebagai seorang yang jujur ,berbudi luhur dan mempunyai keperibadian yang tinggi,tidak ada sesuatu perbuatan dan tingkah lakunya yang tercela ,berlainan sekali dengan tingkah laku dan perbuatan kebanyakkan pemuda -pemuda dan penduduk kota Mekah pada umumnya yang gemar berpoya -poya dan bermabuk - mabukan,kerana demikian kerana sifat jujur yang ada pada Baginda maka Nabi diberi gelaran 'al-Amin'ertinya orang yang mendapat kepercayaan .Ahli sejarah mengatakan bahawa Muhammad S.A.W sejak kecil hingga dewasa tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah pula makan daging haiwan yang di sembelih untuk korban berhala - berhala itu dan menjauhkan diri dari keramaian dan upacara - upacara pemujaan .
Beliau mengetahui babak -babak sejarah negerinya keadilan masyarakat dan keturunan bangsanya ,pemandangan itu tidak hilang dari fikiranya .Baginda mulai menyiapkan dirinya untuk bertapa untuk mendapatkan pemusatan jiwa yang lebih sempurna ,di pilihnya tempat di Gua kecil yang bernama 'Hira 'yang terdapat pada sebuah bukit yang bernama 'Jabal Nur'yang terletak kira - kira 2 atau 3 km sebelah utara kota Mekah.

Thursday, November 25, 2010

Pengalaman yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A..W

Ketika Nabi berumur 12 tahun beliau mengikuti pakciknya Abu Thalib pergi ke Syam untuk berdagang ,di saat tiba di Bushra beliau bertemu dengan salah seorang Pendita Nasrani yang alim -Buhairo namanya ,pendita itu dapat merasakan tanda - tanda kenabian yang ada pada diri Nabi,maka di nasihatilah Abu Thalib ,sebaiknya untuk kembali ke Mekah sebab dia khuatir kalau Muhammad ditemui oleh orang Yahudi yang pasti akan dianayai mereka.,dan pada usia Baginda 15 tahun terjadilah peristiwa bersejarah bagi penduduk Mekah iaitu perperangan antara Suku Quraisy dan Kainanah di satu, dengan Qais 'Ailan di lain pihak.Nabi Muhammad S.A.W, ikut aktif dalam peperangan ini memberikan bantuan kepada pakciknya denagn menyediakan keperluan peperangan.
    Peperangan ini terjadi di daerah suci pada bulan suci pula iaitu pada bulan Zulkaedah.menurat pandangan bangsa Arab peristiwa itu adalah pelanggaran terhadap kesucian, kerana melanggar kesucian bulan Zulkaedah, yang mana sesungguhnya dilarang berkelahi menumpahkan darah oleh kerana semikian, perang tersebut dinamakan Harbul Fijar ertinya perang yang memecahkan kesucian.
    Semenjak wafatnya Abdul Mutalib kota Makkah mengalami kemerosotan ketertiban kota,keamanan harta benda,terjadi rompakan, pemerasan satu sama lainnya yang ke semuanya menjadikan hilangnya ketenangan dan kemakmuran dalam kehidupan bermasyarakat, kalau yang demikian dibiarkan maka akan merugikan semua penduduk Makkah sendiri.
     Berkumpullah para pemimpin dari Qabilah di Makkah maka terjadilah suatu persetujuan untuk mengikut janji bersama-sama, janganlah ada seorang pun yang teraniaya di antara mereka itu, baik Qabilah (suku) sendiri atau dari daerah lain ,dan kalau ada penganiayaan baik yang berupa apa saja semuanya harus membela sekuat tenaga demikianlah adanya perjanjian yang disertai sumpah.Maka sesudah itu keadaan kota Mekah menjadi tertib kembali dan hilanglah semua penganiayaan yang berupa harta benda dan lain - lainya dan perjanjiantadi di sebut 'Halful Fudhul' yang pada saat itu Nabi ikut serta dalam pertemuan itu .Demikian keterangan beliau sesudahnya di nyatakan menjadi utusan ALLAH SWT  kepada seluruh umat manusia di dunia ini .Sesudah Nabi mencapai dewasa mulailah beliau berusaha sendiri dalam penghidupannya,kerana beliau terkenal seorang yang jujur ,maka seorang janda kaya bernama Siti Khadijah mempercayai beliau untuk membawa barang dagangan ke Syam ,Baginda ditemani seorang bujang yang bernama Maisarah,setelah selesai berjual - beli dagangan di Syam mereka pun kembali ke Mekah..Sesudah perjalanan Nabi dari Syam itu datanglah lamaran dari pihak Siti Khadijah kepada Baginda,lalu Baginda menyampaikan hal itu kepada bapa saudaranya ,setelah tercapai kata sepakat penikahan di langsungkan dan pada waktu itu Nabi S.A.W. berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadijah 40 tahun,perkahwinan ini telah memberikan ketenangan dan ketenteraman dan Baginda mendapat kasih sayang yang tulus  ikhlas dari Khadijah yang kemudiannya merupakan perempuan yang pertama yang mengakui kerasulannya dan sentiasa siap sedia menyertai beliau dalam semua perjuangan baik dalam penderitaan dan kesusahan. Pada saat itu beliau mendapat teman hidup dan bertambah terkenal lah namanya di kalanganpenduduk Mekah ,apatah  lagi sesudah Nabi Muhammad S.A.W.Mendamaikan pemuka – pemuka Quraisy dalam sengketa mereka untuk memperbaharui bentuk Kaabah.


Kediaman Rasulullah S.A.W :







Kematian Ibu dan Datuk Nabi

Sesudah Nabi berusia 5 tahun , beliau di asuh oleh ibunya selama setahun dan pada usia Nabi 6 tahun ibunya bersama -sama hamba sahaya yang di tinggalkan oleh ayahnya ( ummur aiman ) telah membawa Nabi ke Madinah untuk di perkenalkan kepada keluarga sebelah neneknya dari Bani Najjar dan sekali untuk membuat kujungan ke pusara ayahnya,dan ini juga merupakan kunjungan pertama Baginda ke Madinah.
Di situ Baginda di perlihatkan rumah di mana ayahnya di rawat di waktu sakit sehinggalah almarhum ayahnya meninggal dunia..Demikian cerita Aminah kepada anaknya ,amat terharu perasaan Baginda sehingga di saat menjadi Rasul dan sesudah berhijrah pun peristiwa ini masih di sebut - sebut oleh Baginda.,kunjungan Baginda bersama ibunya selama sebulan di sana.Dalam perjalanan pulang ke Mekah , di suatu tempat bernama Abwa' tiba -tiba ibunya jatuh sakit sehingga meninggal dan di makamkan di situ juga.Abwa 'ialah nama sebuah desa yang terletak di antara Madinah dan Juhfah kira -kira 23km di sebelah selatan kota Madinah.Dapatlah di bayangkan betapa sedih nya Baginda menghadapi ujian tersebut.Setelah pemakaman ibundanya  selesai pulanglah Baginda menyambung perjalanan  pulang ke Mekah dan di temani pula oleh Datuknya Abdul Muthalib.Semenjak itu Baginda di jaga oleh datuk nya dengan penuh rasa kecintaan dan usia datuknya ketika itu beusia 80 tahun.Datuknya merupakan seorang tokoh Quraisy ,yang disegani dan di hormati oleh segenap kaumnya.Belaiu merupakan seorang yang berkedudukan tinggi dan mulia sehinggakan anak -anaknya sendiri tidak berani untuk mendahului untuk duduk di atas tikar yang disediakan khusus baginya di sisi Kaabah.Rasa  kasih -sayang yang di berikan oleh datuknya  kepada  Baginda dapat juga menghilangkan perasaan sedih Baginda di atas permergian ibundanya ,namun keadaan ini tidak lama kerana selang di saat Baginda melupakan segala peristiwa Baginda sekali lagi di uji dengan permergian Datuknya yang ketika itu meninggal pada usia 82 tahun dan Nabi berumur 8 tahun.
Meninggalnya Abdul Muthalib itu bukan sahaja merupakan kesedihan yang amat besar bagi diri Baginda namun merupakan kerugian bagi segenap penduduk Mekah kerana mereka kehilangan seorang pembesar dan pemimpin yang cergas ,bijaksana ,berani dan tidak mudah untuk di cari ganti.Sesuai dengan wasiat  Abdul Muthalib maka Nabi Muhammad S.A.W. di asuh pula oleh pakciknya  Abu Thalib,kesungguhan dia mengasuh Nabi serta kasih sayang yang diberikan kepada anak sauaranya itu ,tidak kurang daripada apa yang di berikan kepada anaknya sendiri.

Kisah Hidup - Nabi Muhammad

Di waktu umat dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidup lahirlah ke dunia dari keluarga yang sederhana di kota Mekah seorang bayi yang kelak membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban Dunia.Bayi itu yatim,bapaknya bernama (ABDULLAH) meninggal tiga bulan sebelum nabi di lahirkan.Kehadiran bayi itu di sambut oleh datuknya Muthalib dengan penuh kasih sayang dan kemudian bayi itu di bawanya di kaki Kaabah.Di tempat suci ini lah bayi ini di beri nama Muhammad,suatu nama yang belum pernah ada sebelumnya menurut penanggalan para ahli,kelahiran Muhammad itu pada 12 Rabiulawal tahun gajah atau 20 April 571 Masehi .Adapun di namakan tahun kelahiran Nabi itu tahun gajah kerana pada saat itu Kota Mekah di serang oleh suatu pasukan tentera orang Nasrani yang kuat di bawah pimpinan Abrahah.


Pada waktu dilahirkan Nabi Muhammad S.A.W sudah termasuk anak yatim, sesudah beliau lahir maka menjadi kebiasaan orang daerah Mekah kalau mempunyai anak di carikan orang yang menyusui dari daerah dusun dan mereka mempunyai keturunan yang baik , agar berpengaruh pada bayi mereka..,maka pada saat itu Halimatun Saadiah datang ke ibu Nabi iaitu (Siti Aminah).Beliau menawarkan diri untuk menyusui Nabi.Maka atas persetujuan semua keluarga di bawalah Nabi ke rumah Halimatun Saadiah selama 2 tahun .


Maka terasalah baginya perbezaan kegembiraan hidupnya di saat sebelum merawat Nabi dan di waktu merawat Nabi ,maka kententuan mengasuh adalah hanya selama 2 tahun namun bagi Halimatun Saadiah dirasanya hanya sebentar maka apabila sudah sampai tempoh 2 tahun, datanglah Halimatun Saadiah kepada ibu Nabi untuk meminta tambahan 2 tahun lagi untuk merawat Nabi.Maka bermusyawarahlah keluarganya dalam hal ini,maka dengan muafakat keluarga Nabi mereka menyerahkan kembali Nabi kepada Halimatun Saadiah .


Maka selama 4 tahun itulah Nabi S.A.W. di asuh dan dibesarkan di bawah pengawasan Halimatun Saadiah ,namun setelah tempoh 4 tahun berlalu dengan berat hati dia terpaksa menyerahkan Nabi semula ke pangkuan ibunya..maka semenjak Nabi berumur 5 tahun itulah Nabi di bawah asuhan ibunya (Aminah).

PENGENALAN DIRI NABI MUHAMMAD S.A.W

Jenis/Type.    Kod Negara/Country Code.   NO. Pasport/passport No.
RASUL S.A.W              MKH.                                          1-5-25-313-124000.

Nama/Name.                                             Tanda istimewa/special mark.
MUHAMMAD BIN ABDULLAH (S.A.W)         COP KENABIAN ANTARA DUA BAHU.

Warganegara/Nationality.                               Agama/Religion.
 SELURUH ALAM                                                    PENGHULU AGAMA ISLAM.

Jantina/ Sex.
PENGHULU LELAKI

Tarikh & tempat kelahiran/
birth date & place.
ISNIN 12 RB. AWAL TAHUN KE-53
SEBELUM HIJRAH/570 MASIHI,DI
MAKKAH.
                                                                                                                                                                                               
1>>>>>>SEBAIK-BAIK MAKHLUK CIPTAAN ALLAH DAN
                    PENGHNINYA SEJAK TURUNYA NABI ADAM A.S
                    (Hadis Riwayat Umar Muslim ).
5>>>>>>KE-5 DARI KELOMPOK ULLUL AZMI 
             (NABI NUH,IBRAHIM, MUSA,ISA DAN MUHAMMAD S.A.W).

25>>>>>YANG KE-25 DARI KELOMPOK NABI DAN RASUL 
                   YANG DISEBUT DI DALAM AL-QURAN.

313>>>>BILANGAN RASUL YANG DIUTUS OLEH ALLAH
                    KE MUKA BUMI (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

124000>>BILANGAN PARA NABI DAN BAGINDA S.A.W
 ADALAH YANG TERAKHIR (RIWAYAT MARDAWIH 124.000) 
                                            1-5-25-313-124000                                 
                                                        
                                      
                                            Biografi RASULULLAH S.A.W

 Nama: MUHAMMAD BIN ABDULLAH (S.A.W)

 Bapa : Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim Bin
             Abdul Manaf Bin Qusay Bin Kilab Bin Murrah.
  
 Ibu: Aminah Binti Wahab Bin Abd Manaf Bin
         Manaf Bin Zuhrah Bin Kilab Bin Murrah.
           
  Nenek: Fatimah Binti Umar Al-Makhzumiyah.
 Sebelah Bapa
           
 Nenek: Burrah Binti Abd Uzza Bin Usman Bin
 Sebelah Ibu  Abdul Dar Bin  Qusay Bin Murrah.

Tarikh Lahir: Isnin, Sebelum Terbit Matahari,
                   12 Rabiulawal Tahun Ke-53 Sebelum Hijrah / 570Masihi.

Tempat Lahir: Makkah Al-Mukaramah Berhampiran
 Bukit Sofa ( rumah Abu Talib).
(tempat tersebut telah dibangunkan sebagai perpustakaan makkah
 dan wujud sehingga sekarang )

Tarikh Diangkat: 27 Ramadhan Tahun Ke-13 Sebelum Hijrah / 609masihi,
Menjadi Nabi Gua Hira'. Makkah Al-Mukarramah.

Wafat: Isnin Sebelum Tengahari, 12 Rabiulawal Tahun
             Ke-11 Hijrah / 632Masihi  Di Madinah.

 Jantina: Penghulu Lelaki

 Agama: Penghulu Agama Islam

 Alamat: Makkah Al-Mukarramah, Kemudian Hijrah Ke Madinah
                 Al-Munawarrah ( Masjid Nabi).

 Pekerjaan: 1. Pengembala Kambing.
                       2. Berniaga ( Sehingga Berumur 40 Tahun).
                       3. Bertugas Secara Rasmi Sebagai Nabi/RasuL
                           (Menyampaikan Risalah Allah).

Tanda Istimewa: Cop Kenabian Di Antara Dua Bahu Yang Sentiasa Dinaungi
                                 Oleh Awan Ke Mana Sahaja Baginda Pergi.

            Sifat-Sifat: Wajah          : Putih Bersih Bersih / Bercahaya.
                                 Mata            : Hitam
                                 Rambut       : Hitam
                                 Ketinggian  : Serdahana Dan Dada Bidang
    
          Nama Bidan: Shifa' Binti Auf (Ummu Abd Rahman).

      Nama Penjaga: Ummu Aiman.

      Nama Penyusu: 1. Tsuwaibah Al-Aslamiyah.
                                    2. Halimah Binti Dzuaib As-Sa'diyah.

                  Saudara :   Daripada Tsuwaibah:
                 Sesusuan    1. Abdullah Bin Jahay.
                                       2. Hamzah Bin Abdul Muntali.
                                       3. Abu Salamah Bin Abdul Asad.
                                       4. Masruh Bin Tsuwaibah.

                                       Daripada Halimah:
                                       1. Abdullah Bin Al-Harith.
                                       2. Anisah Bin Al-Harith.
                                       3. Huzaifah Bin Al-Harith.

              Keistimewa: Rahmat Sekian Alam.

                        Warna:  HIJAU DAN PUTIH
            Kegemaraan

              Isteri-Isteri: 1. Siti Khadijah Binti Khuwailid r.h.
                                      2. Saudah Binti Zam'ah r.h.
                                      3. Aisyah Binti Abu Bakar r.h.
                                      4. Hafsah Binti Umar r.h.
                                      5. Zainab Binti Khuzaimah r.h.
                                      6. Ummu Salamah Hindun Binti Abu Umayyah r.h.
                                      7. Zainab Binti Jahsy r.h.
                                      8. Juwairiyah Binti Al-Harith r.h.
                                      9. Safiyyah Binti Huyaih r.h.
                                    10. Ummu Habibah Ramlah Binti Abu Sufiyan r.h.
                                    11. Maimunah Binti Al-Harith r.h.
                                    12. Mariah Binti Syam'un r.h.

  Anak-Anak:  Lelaki:                  Perempuan
                         1. Al-Qosim r.a       1. Zainab r.h.
                         2. Abdullah r.a        2. Ruqayyah r.h.
                         3. Ibrahim r.a.        3. Ummu Kalthum r.h.
                                                         4. Fatimah r.h.

 Cucu-Cucu:   Lelaki:                      Perempuan
                      1. Ali.r.a.                     1. Umamah r.h.
                      2. Abdullah r.a .          2. Ummu Kalthum r.h.
                      3. Al-Hassan r.a.         3. Zainab r.h.
                      4. Al-Hussin r.a.          4. Ruqayyah r.h.
                      5. Yahya r.a.
                      6. Muhammad r.a.

BINATANG KESAYANGAN NABI S.A.W

Keldai:  4 ekor  :- Keldai Kesayangan Baginda Bernama 'Dul-Dul'.
Unta:    20 Ekor:- Unta Kesayangan Baginda Bernama 'Atba'.
Kuda:    20 Ekor:- Kuda Kesayangan Baginda Bernama 'Ya' afur'.

                                             1-5-25-313-124000